Monday, 10 October 2011


  1. INSURANS DAN TAKAFUL

Al Quran


    “ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar .” (al-Baqarah: 155)



      RISIKO DARI PERSPEKTIF ISLAM


        Al Hadith :


          عن أنس بن مالك – رضى الله عنه – قال : قال رجل : يا رسول الله أعقلها و أتوكل ، أو أطلقها و أتوكل ؟ قال : " اعقلها و توكل " رواه الترمذي


            Maksudnya : Rasulullah (SAW) bersabda kepada seorang Arab Badwi yang telah membiarkan unta tanpa diikat dengan alasan menyerahkannya kepada Allah: “Ikatlah unta kamu dan kemudian barulah berserah kepada Allah.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

              • KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

              • Islam tidak pernah melarang sama sekali umatnya mencipta sesuatu perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia, tetapi perlulah bertepatan dengan kehendak syariah Islam.
              • Segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh manusia cuma akan tercapai dengan izin Allah. Ini tidak bermakna manusia tidak perlu melakukan perancangan dalam setiap tindakan .



                  Manusia tidak dapat meramal atau menentukan secara tepat masa depannya.Segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh manusia akan tercapai dengan izin Allah.


                    Namun begitu, tidak semestinya manusia tidak perlu membuat perancangan.Sama ada perancangan itu terlaksana atau tidak ianya ditentukan oleh Allah s.w.t





                        Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya.


                          Takaful adalah satu kaedah menguruskan risiko


                            Menerusi takaful, risiko dikongsi bersama dan diuruskan melalui semangat tolong-menolong meringankan beban yang ditanggung melalui konsep tabarru’ dan ta’awwun .


                              Sabda Rasulullah SAW:


                                والمؤمن من أمنه الناس على دمائهم وأموالهم


                                  “… sesungguhnya seorang yang beriman ialah siapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap jiwa raga dan harta manusia” (Riwayat an-Nasaie)


                                  Definisi


                                    “ Kemungkinan menemui bahaya, kerugian atau kecederaan”. Risiko datang dari keadaan yang tidak dapat dipastikan (uncertainty)


                                      Kerugian : Penyusutan atau kehilangan nilai ekonomik bagi sesuatu


                                        Peril : Sebab terjadi sesuatu kerugian

                                        Bahaya : Keadaan yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu kerugian.

                                            Perbezaan Takaful Dan Insurans INSURANS Akad Pertukaran Hak Milik (Muawadhah) TAKAFUL Akad Pemberian Hakmilik Dengan Percuma/Sukarela (Tabarru’) KONTRAK
                                            • Satu pihak (penginsurans) menanggung untuk membayar ganti rugi kos atau pembelian mengikut persetujuan tertentu (premium) kepada satu pihak yang lain (pihak yang diinsuranskan) sejumlah wang atau nilai yang merugikan.
                                            (Glosari Insurans DBP)

                                            No comments:

                                            Post a Comment