Wednesday, 12 October 2011

LIPUTAN TV 3


MOU HONG LEONG DAN TABUNG HAJI


penerangan tentang perbankan konvensional VS perbankan ISLAMIC dan juga insurans VS takaful renungkan dari oleh yang ada tauliah.

renungkan kisah ini alangkah bagusnya kita disini jadi mulakan langkah buat SIMPANAN


Marcos Mulia Wijaya's photos

Teruskan Pesan ini, Anda tidak dikenakan biaya layanan apapun, tapi untuk UNICEFadalah 5 euro.Sebelum Anda membuang sisa makanan dalam mangkuk Anda, silahkan berpikir tentang orang-orang kelaparan.Di Afrika dan tempat lain di dunia, ada anak-anak kelaparan, setelah perjanjian ditandatangani antara UNICEF dan MSN, untuk anak-anak hilang dan anak-anak lain, sebuah program untuk membantu pemula di buat.Berapa kali Anda memuat dan membagi gambar ini untuk teman, sebanyak itu di kali 5 euro, itulah yang Unicef akan terima. mari kita mambantu anak-anak sekarat agar bisa hidup. Janganlah kita lupa bahwa setiap detik, mereka memiliki anak yang mati kelaparan.Ini hanya senilai hampir 2 menit dari kehidupan Anda, tetapi untuk anak-anak Afrika, ini untuk seluruh hidup mereka.

manusia tidak boleh diterima oleh tanah dan ALLAH s.w.t



Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tuesday, 11 October 2011


PETALING JAYA 26 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000. 

Jumlah simpanan itu adalah di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak RM120,000.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya turut mendapati golongan pencarum tidak aktif berusia 54 tahun yang mempunyai baki simpanan purata serendah RM23,000, tahun lalu, tiga kali ganda lebih ramai berbanding jumlah pencarum aktif lain.

Katanya, jumlah simpanan yang rendah itu dikhuatiri menyebabkan individu terbabit akan hidup di bawah paras kemiskinan apabila bersara.

Beliau berkata, golongan yang mempunyai simpanan kurang RM50,000 itu meliputi 73 peratus pencarum KWSP dalam kategori pencarum tidak aktif.

Katanya, hanya 17 peratus daripada pencarum kumpulan ini mempunyai simpanan di dalam KWSP melebihi RM100,000 sewaktu bersara nanti.

''Selain itu, ramai juga pencarum yang membelanjakan wang persaraan terlalu cepat sehingga menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan dalam tempoh yang singkat,'' ujarnya.

Tambah Azlan, dalam kajian KWSP pada 2003, pihaknya mendapati sebanyak 14 peratus daripada pencarum menghabiskan simpanan dalam tempoh tiga tahun selepas persaraan.

Katanya, sebanyak 50 peratus pencarum lagi didapati menghabiskan simpanan dalam tempoh lima tahun dan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun.

''Kadar purata jangka hayat penduduk Malaysia dijangka terus meningkat sehingga 75 tahun berbanding 60 tahun.

''Sehubungan itu, setiap individu perlu mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun sewaktu dalam tempoh perkhidmatan,'' ujarnya.

PRODUK BADAL HAJI




PRODUK PENDIDIKAN


JADUAL CARUMAN/SUMBANGAN (KIRAAN ANGARAN)

PRODUK KAMI


I-SAVE
-          
  • Skim simpanan pelaburan yang berserta perlindungan khairat kematian/lumpuh kekal
  • Disertakan secara percuma Khidmat Badal Haji (upah haji), Wakaf Al-Quran dan Qurban jika ahli meningal dunia atau lumpuh kekal yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh skim
  • Skim ini akan memberi keuntungan kepada peserta dalam tempoh jangka panjang

KEISTIMEWAAN
  

  •     Minima menyimpan RM50
  •     Khairat Kematian/Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
  •     Badal Haji (upah haji)
    • Apabila berlaku kematian awal atau lumpuh kekal, pihak TH Travel & Services anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji akan melantik individu yang layak untuk mengerjakan Badal Haji (upah haji) atas nama peserta.
  • Wakaf AL-Quran
    • RM500 akan diperuntukkan untuk membeli sejumlah Naskah Al-Quran untuk disedekahkan kepada masjid/badan amal atas nama peserta.
  • Qurban
    • RM700 akan diperuntukkan untuk melakukan Qurban melalui syarikat Kijang Kota Trading





Perbandingan simpanan ini hanya sekadar pengentahuan umum tidak berniat untuk menilai mana-mana organisasi


KEPERLUAN PRODUK INI?


  •           SIMPANAN & PERLINDUNGAN yang tiada ditempat lain (kerjasama TH travel)
  •         Matlamat kami memastikan setiap masyrakat ISLAM berpeluang menunaikan rukun islam ke-5 iaitu fardu haji
  •         Meningkatkan pengentahuan/pendidikan mengenai haji dan badal haji dikalangan peserta
  •        Membantu peserta yang ditimpa musibah
  •        Setiap tahun beribu orang mendaftar untuk menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji dan juga syarikat lain
  •       Setiap tahun penduduk kita bertambah maka bermakna semakin jauh giliran haji.
  •        Simpanan dijamin dengan takaful dan halal dari segi ISLAM
  •        Simpanan yang minima (rendah) supaya semua orang mampu dan layak.
  •        Persedian awal jika meninggal sebelum sempat menunaikan haji
  •     Jika niat mereka tidak kesampaian maka siapakah yang mereka amanahkan untuk melaksanakan Badal haji.

HARI TUA ANDA BAGAIMANA????



WARGA TUA

Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni.
Punca Warga Tua Terbiar

Sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat kita di Malaysia. Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yan.g tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.
  • Pendekatan 'Constructionist'

Mengabaikan norma moral dalam penyelesai masalah sosial. Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar dan lain-lain.
Banyak faktor menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal bersendirian. Kecacatan, nyanyuk, tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan antara sebab berlakunya gejala ini dalam masyarakat hari ini.


Tidak sewajarnya kita meletakkan orang tua kita di rumah kebajikan kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi jika anak itu lelaki. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita sepertimana kita memerlukan orang tua kita sewaktu kita masih kanak-kanak. Anak-anak harus bijak mengatur jadual harian untuk menggelakkan daripada meletakkan orang tua mereka di rumah kebajikan.
  • Seumpamanya jika orang tua mereka mempunyai anak yang ramai, mereka boleh bergilir-gilir menjaga orang tua mereka.
  • Anak-anak mereka juga boleh menggajikan pembantu rumah untuk menjaga orang tua mereka jika mereka bertugas daripada menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan yang jauh dari pertalian keluarga. Bukankah perbelanjaan di rumah kebajikan tiada bezanya jika dibandingkan dengan menggajikan pembantu rumah?
  • Dari satu aspek yang lain, punca pengabaian warga tua juga mungkin disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap kedua ibu bapa juga mungkin disebabkan oleh pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanaknya.

  • Mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka mendera sama ada dari aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan kurangnya pendidikan agama. 

  • Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam itu. 

  • Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka setelah ia uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu.

  • Perasaan dendam terhadap orang tua kita seharusnya diluputkan kerana pintu kemaafan itu terletak di telapak kaki ibu dan ayah.

Jangan Biar Isu Anak Jalanan Menjadi Barah


KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ketika kebanyakan anak yang sebaya ceria menghayun langkah ke sekolah, dia pula hanya menghabiskan usia mudanya menerjah debu di lorong belakang yang menyimpan seribu macam kerenah pahit-getir kehidupan.

Gedung ilmu baginya hanya lorong belakang dan medan letak kereta sementara lingkungan kawan-kawannya pula terdiri daripada anak-anak jalanan atau penagih dadah dan bapa ayam.


Kurang perhatian ibu bapa yang sibuk dengan kerja menjadikan Hisyam (bukan nama sebenar) anak jalanan, terbiar dan tercicir daripada persekolahan. Dalam usia hanya 13 tahun, dia juga sudah terjebak dengan ketagihan menghidu gam.

'Anak jalanan' ini yang mencari wang dengan menjadi atendan letak kereta ditemui sukarelawan Arfidah Ab Latif, ketika membuat kerja mendekati masyarakat di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini baru-baru ini.

Beliau turut meninjau pondok papan yang serba-serbi usang dengan dinding yang sudah dimakan anai-anai menjadi tempat anak jalanan ini melepaskan lelah bersama rakan-rakan senasib dengannya.

Di kawasan yang sama, Arfidah bertemu seorang remaja perempuan berusia kira-kira 16 tahun yang berpakaian seksi. Meskipun jarum jam melepasi pukul 1 pagi, remaja ini masih berkeliaran bersama teman lelakinya dan beberapa remaja lelaki yang lain. Beliau juga mendapat tahu remaja itu juga pernah tidak pulang ke rumah dan bermalam di rumah kawannya.

Remaja perempuan ini juga, menurut Arfidah ketagih menghidu gam.

Sebagai sukarelawan yang sudah masak dengan kerenah anak-anak jalanan ini, hatinya bagai ditusuk sembilu melihatkan anak-anak jalanan ini dengan kehidupan yang terumbang-ambing dan bergelumang dengan cara kehidupan yang songsang.

Acap kali juga dia mengesat air matanya yang berjurai mengenangkan nasib anak-anak jalanan ini, seketika terkenang tiga orang anaknya yang disifatkan lebih bernasib baik kerana dijaga keluarganya di kampung.

BAGAI CENDAWAN

Bagi Arfidah, isu anak jalanan ini yang berkeliaran di sekitar Jalan Bukit Bintang, Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, bagaikan 'cendawan, yang dipetik selepas kembang dan kemudian tumbuh balik.'

Lazimnya cendawan apabila sudah kembang, orang akan petik untuk dimakan atau dijual. Lepas dipetik, cendawan itu akan tumbuh lagi. Macamlah juga anak-anak jalanan ini, kita pantau mereka dan kemudian demi masa depan mereka, kita ambil dari tepi jalan, beri terapi dan serahkan ke pusat-pusat penjagaan.

"Kami ingat bila sudah ditolong, bilangan anak-anak jalanan ini akan berkurangan tapi keadaan sebaliknya berlaku. Bilangan mereka terus bertambah. Saya percaya anak-anak itu datang dari luar kawasan sini," jelas Arfidah kepada Bernama dalam satu wawancara di sini baru-baru ini.

Anak-anak jalanan itu, katanya, mengisi masa dengan menyelongkar 'harta karun' (apa sahaja barang yang boleh dijual) di tong-tong sampah untuk mencari wang.

"Yang paling sedih ada anak-anak jalanan seawal usia 13 tahun di sekitar Jalan Bukit Bintang sudah menjadi macai iaitu budak suruhan kepada bapa ayam atau pengedar dadah. Ada juga remaja perempuan yang menjadi macai.

"Macai ini juga akan menjadi mangsa buli Otai iaitu mereka yang sudah duduk lama di kawasan berkenaan dan kemudian menjadi pengedar dadah atau bapa ayam. Otai ini bermula sebagai Macai dan kebanyakannya orang Melayu. Ada juga yang berasal dari Sabah dan Sarawak," jelas Arfidah.

Beliau berkata ada anak jalanan (lelaki) yang menjadi 'anak ikan' iaitu anak didik pondan atau 'mak nyah' dan mereka ialah anak pekerja seks yang terbiar dan menjadi rapat dengan pondan yang tinggal berhampiran.

"Pondan yang sudah tua akan mengumpan anak ikan ini yang biasanya mempunyai wajah yang tampan dengan wang ringgit. Kemudian, budak ini akan disolek menjadi perempuan dan disuruh melacur. Pondan tadi akan mengambil sebahagian wang anak ikannya untuk membayar sewa bilik dan untuk perbelanjaan lain," kata Arfidah.

MISKIN VS PENDIDIKAN


Sebagai seorang ibu atau bapa, pastinya kita menginginkan yang terbaik untuk mereka terutama dari segi pendidikan. Pendidikan adalah penentu kepada masa depan anak-anak bagi mendapat kehidupan yang baik dan sempurna.

Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan pendidikan anak. Atau kita masih memiliki pemikiran mengharapkan belas ehsan kerajaan menerusi biasiswa atau pinjaman pendidikan. Harus diingat pada masa yang akan datang kerajaan tidak akan lagi dapat menampung permintaan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman disebabkan kekurangan dana. Jadi pada masa hadapan, hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan biasiswa atau pinjaman ini.

Jika kita mengikuti gaya kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS ketika ini adalah semakin meningkat. Sudah tentu persaingan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari mana-mana agensi kerajaan akan meningkat. Bagi mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan, sudah tentu mereka ini akan tercicir walaupun mempunyai kelayakan yang tinggi untuk memasuki universiti. Ditambah pula dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, sudah tentu ramai yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran jika tiada simpanan yang cukup untuk membiayai kos pembelajaran dan sara hidup di universiti.

Jadi sebagai ibu-bapa yang prihatin kepada pendidikan anak-anak, perancangan harus dimulakan bagi mewujudkan satu tabungan khas bagi tujuan simpanan pendidikan anak-anak. Ketika ini terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan untuk tujuan simpanan ini. Antaranya ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan pelan simpanan pendidikan dan perlindungan yang diwujudkan oleh pengendali-pengendali takaful di Malaysia.

Walaubagaimanapun, simpanan juga boleh dilakukan di bank-bank biasa namun cara ini kurang praktikal kerana manfaat yang diperoleh dari segi pulangan keuntungan atau faedah amat rendah jika dibandingkan menyimpan di SSPN atau melalui skim takaful pendidikan. Kadar faedah atau keuntungan yang ditawarkan oleh SSPN adalah lebih tinggi sekitar 3-4% berbanding simpanan di akaun simpanan biasa bank. Antara faedah lain ialah simpanan dilindungi insurans dimana jika penyimpan seperti ibu atau bapa meninggal dunia, sejumlah pampasan akan dimasukkan terus ke akaun penyimpan dengan syarat simpanan minima RM1000.00

Selain SSPN, simpanan menerusi skim takaful tidak kurang menariknya. Saya mengambil pelan yang ditawarkan HONG LEONG MSIG TAKAFUL sebagai contoh. Caruman atau simpanan minima yang perlu dibuat oleh ibu-bapa adalah serendah RM70.00 sebulan sahaja. Dengan caruman RM70 sebulan, anak anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti pampasan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, elaun harian hospital dan juga pembedahan dan juga manfaat perlindungan penyakit kritikal khas kanak-kanak. Yang paling menarik adalah jika pencarum sama ada ibu, bapa atau penjaga mengalami penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia, caruman bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh HONG LEONG MSIG TAKAFUL sehingga anak berumur maksima 25 tahun. Jadi, dana kewangan pendidikan anak anda adalah terjamin meskipun berlaku musibah terhadap ibu, bapa atau penjaga. Malah kadar keuntungan adalah tinggi sekitar 8-9%. Satu pelaburan yang cukup  berbaloi.

Sebagai masyarakat melayu, adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita mencontohi masyarakat cina yang cukup menitikberatkan simpanan pendidikan anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa mereka tiada keistimewaan dari segi untuk mendapatkan sebarang bantuan kewangan dari kerajaan memandangkan status mereka yang bukan bumiputra. Jadi mereka telah bersiap sedia dari awal dengan menyediakan simpanan khas untuk pendidikan anak-anak menerusi pelbagai saluran sama ada dalam bentuk simpanan di bank, insurans, takaful dan sebagainya. Tidak hairanlah jika pembeli polisi terbesar insurans berasaskan pendidikan adalah dari kaum cina. Malah di MAA Takaful sendiri, jualan tertinggi bagi produk berasaskan takaful datang dari kaum cina. Amat memeranjatkan kerana produk takaful yang berasaskan Islam mendapat kepercayaan masyarakat cina yang bukan Islam. Jadi kita sebagai masyarakat melayu Islam patut mengambil pelajaran dari hal ini.

Sebagai kesimpulan, pendidikan anak-anak amat penting bagi menentukan masa depan mereka. Kita sebagai ibu-bapa patut mengambil inisiatif mewujudkan tabungan pendidikan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak. Pelbagai saluran tersedia sama ada menerusi SSPN, Takaful dan sebagainya. Bertindak sekarang demi masa depan anak-anak.

GAYA HIDUP MEWAH PUNCA ANAK MUDA MUFLIS

Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysiasehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata.

Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan): 

Gaji: RM2,000 sebulan 

Perbelanjaan:
  • Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
  • Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
  • Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
  • Makan dan minum RM500
  • Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
  • Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
  • Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
  • Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
  • Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)
  • Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)

    Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.

    Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi 
    gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkangaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga. 
    Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan 
    gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:
Personaliti

Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.
Pengaruh persekitaran
Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.
Promosi

Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ eksekutif ini menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.
Pujian dan perasan

Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!

Tidak cukup duit

Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana 
gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.

Sumber Maklumat: Berita Harian

Monday, 10 October 2011

PENCEN TAPI MISKIN ADOII!!!




    Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalahRM114,000 seorang selepas mereka pencen. Apaka maksud ini?
    • Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
    • RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530
    • Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan                                  kos sara hidup mereka yang pencen!
    Jadi apa perlu anda buat?
    • Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
    • Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkanwang sahaja!
    • Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin 

    BAYANGKAN SEJENAK JIKA INI BERLAKU KEPADA KITA SEMUA

    BUKAN NIAT MENYINGUNG PERASAAN DAN MENGAIBKAN SESIAPA SEKADAR MENINGATKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SEDARA ISLAM SUPAYA MENYEDIAKAN SESUATU DAN BERSIAP LAH MENGHADAPI DUGAAN / KETENTUAN ILAHI..


    1. INSURANS DAN TAKAFUL

    Al Quran


      “ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar .” (al-Baqarah: 155)



        RISIKO DARI PERSPEKTIF ISLAM


          Al Hadith :


            عن أنس بن مالك – رضى الله عنه – قال : قال رجل : يا رسول الله أعقلها و أتوكل ، أو أطلقها و أتوكل ؟ قال : " اعقلها و توكل " رواه الترمذي


              Maksudnya : Rasulullah (SAW) bersabda kepada seorang Arab Badwi yang telah membiarkan unta tanpa diikat dengan alasan menyerahkannya kepada Allah: “Ikatlah unta kamu dan kemudian barulah berserah kepada Allah.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

                • KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

                • Islam tidak pernah melarang sama sekali umatnya mencipta sesuatu perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia, tetapi perlulah bertepatan dengan kehendak syariah Islam.
                • Segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh manusia cuma akan tercapai dengan izin Allah. Ini tidak bermakna manusia tidak perlu melakukan perancangan dalam setiap tindakan .



                    Manusia tidak dapat meramal atau menentukan secara tepat masa depannya.Segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh manusia akan tercapai dengan izin Allah.


                      Namun begitu, tidak semestinya manusia tidak perlu membuat perancangan.Sama ada perancangan itu terlaksana atau tidak ianya ditentukan oleh Allah s.w.t





                          Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya.


                            Takaful adalah satu kaedah menguruskan risiko


                              Menerusi takaful, risiko dikongsi bersama dan diuruskan melalui semangat tolong-menolong meringankan beban yang ditanggung melalui konsep tabarru’ dan ta’awwun .


                                Sabda Rasulullah SAW:


                                  والمؤمن من أمنه الناس على دمائهم وأموالهم


                                    “… sesungguhnya seorang yang beriman ialah siapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap jiwa raga dan harta manusia” (Riwayat an-Nasaie)


                                    Definisi


                                      “ Kemungkinan menemui bahaya, kerugian atau kecederaan”. Risiko datang dari keadaan yang tidak dapat dipastikan (uncertainty)


                                        Kerugian : Penyusutan atau kehilangan nilai ekonomik bagi sesuatu


                                          Peril : Sebab terjadi sesuatu kerugian

                                          Bahaya : Keadaan yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu kerugian.

                                              Perbezaan Takaful Dan Insurans INSURANS Akad Pertukaran Hak Milik (Muawadhah) TAKAFUL Akad Pemberian Hakmilik Dengan Percuma/Sukarela (Tabarru’) KONTRAK
                                              • Satu pihak (penginsurans) menanggung untuk membayar ganti rugi kos atau pembelian mengikut persetujuan tertentu (premium) kepada satu pihak yang lain (pihak yang diinsuranskan) sejumlah wang atau nilai yang merugikan.
                                              (Glosari Insurans DBP)